“Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku” - Abang Tesla Titip Ucapan Buat Isteri Pertama Sempena …

28 Dec 2023 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti media sosial, Abang Tesla memuat naik satu hantaran di Instagram khusus untuk memperingati ulang tahun perkahwinannya dengan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri berdoa agar jodohnya bersama Nurmajdina dipanjangkan sehingga ke syurga.

“Happy 5 years anniversary sayang Nurmajdina. Semoga Allah pelihara jodoh kita sampai ke syurga.

“Isteri yang sangat tabah dan hebat. Maaf untuk apa yang telah berlaku. Insya-Allah Allah is the best planner,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Abang Tesla turut memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

image is not available

Terdahulu, Abang Tesla mencetuskan kontroversi gara-gara membuat naik video pengakuan bakal berkahwin lain dengan persetujuan isteri pertama.

Sumber: Instagram

image is not available



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved