Teruja Jumpa PMX, Anak Bersyukur Impian Bapa Tercapai

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 2:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang bapa yang teruja kerana akhirnya dapat jumpa idolanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau PMX di Restoran Nasi Kandar Stadium, Bandar Tun Razak.

Menerusi satu hantaran di TikTok, syxqrx telah memuat naik satu video memaparkan Anwar yang sedang menjamu selera bersama keluarganya.

Teruja jumpa PMX di kedai mamak

@syxqrx

Still can’t believe i met @Anwar Ibrahim in person DSAI and family is very humble and down to earth. My dad must be so happy. Thank you, PM! #anwaribrahim #primeminister #malaysia

♬ original sound – mentally unstable – mentally unstable

Susulan itu, bapa syxqrx menegur Anwar sambil melambai tangannya untuk mengambil perhatian beliau agar dia boleh meminta kebenaran untuk menangkap foto bersama-sama.

Bapanya kemudian mendekati Anwar untuk bersalaman namun PMX menarik kerusi di sebelahnya dan meminta lelaki berkenaan duduk terlebih dahulu sambil berbual dengannya.

Menurut syxqrx, impian bapanya untuk bertemu dengan Anwar akhirnya tercapai pada hari tersebut selepas tiba-tiba terserempak dengan figura itu di restoran mamak.

image is not available

“Masih tak percaya dapat jumpa Anwar Ibrahim depan-depan. DSAI dan keluarga sangat peramah dan rendah diri. Mesti ayah saya sangat gembira, terima kasih PM!” katanya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap Anwar yang sangat peramah dan tidak sombong terhadap rakyatnya.

PMX akhlak tinggi, siap tarikkan kerusi bagi duduk

image is not available

PM terbaik!

image is not available

Tak sombong orangnya…

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan perasaan lega kerana dapat melihat Anwar berehat selepas sudah bertungkus-lumus melaksanakan tugasnya sebagai seorang perdana menteri.

Ada pun masa me time PMX

image is not available

Baru nampak PMX dan keluarga di kedai makan

image is not available

Kadang lupa dia manusia biasa macam kita

image is not available

Risau tengok dia kerja kuat, baru nampak rehat

image is not available

Semoga sihat-sihat selalu PMX!

Sumber: TikTok syxqrx