Menantu Makcik Tarik Tengkuk Ketika Majlis Kahwin Tampil Mohon Maaf, Respon Bella Astillah Curi Perhatian Ramai

LocalEntertainment
28 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Menantu kepada warga emas yang sebelum ini terlibat dalam kejadian mencium penyanyi Bella Astillah ketika majlis sanding bersama rakyat di Muar tempoh hari tampil memohon maaf secara terbuka atas insiden berkenaan.

Menerusi perkongsian yang tular, menantu kepada wanita  yang mewakili ibu mertuanya tampil menghubungi Era FM selepas gagal mendapat respons Bella menerusi mesej peribadi.

Advertisement

Dia difahamkan mengetahui Bella berada di studio Era FM bagi program 3 Pagi Era (3PE) sebelum mengambil peluang untuk menghubungi stesen radio berkenaan.

Dalam panggilan tersebut, wanita itu memohon maaf kepada Bella atas apa yang berlaku sebelum ini.

Bella kemudian menjawab bahawa dia tidak kisah dan berada dalam keadaan baik.

Bella turut menjelaskan dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian berkenaan.

Wanita terbabit sekali lagi menyampaikan permohonan maaf sebelum kedua-dua pihak dilihat menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Mereka turut menitipkan salam kepada wanita berkenaan dan berharap dapat bertemu semula sekiranya mempunyai rezeki pada masa akan datang.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan tindakan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara itu secara baik sebagai sesuatu yang positif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Menantu Makcik Tarik Tengkuk Ketika Majlis Kahwin Tampil Mohon Maaf, Respon Bella Astillah Curi Perhatian Ramai2026-10-26 10:51:28

Netizen Korek Foto Lama, Dakwa Ada Petunjuk Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Sudah Kahwin?

The post Menantu Makcik Tarik Tengkuk Ketika Majlis Kahwin Tampil Mohon Maaf, Respon Bella Astillah Curi Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved