‘Macam biasa, rumah ni tak masuk air’ – Pemilik rumah dipuji guna guni pasir halang air masuk ke rumah

LocalEnvironment
28 Nov 2024 • 11:08 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Keadaan banjir yang melanda di Pantai Timur semakin membimbangkan.

Menerusi beberapa laporan juga mengatakan Rantau Panjang di Kelantan sudah lumpuh ditenggelami air. Kebanyakan kawasan beberapa jajahan di Kelantan sudah dinaiki air.

Saban tahun juga menjadi kerisauan penduduk dengan isu banjir ini apabila memikirkan keadaan rumah, peralatan dan perabot yang bakal rosak.

Namun, menerusi satu perkongsian video, sebuah rumah dirakam tidak dimasuki air. Katanya, setiap kali banjir, rumah berkenaan disiapkan dengan ‘benteng’ supaya tidak dimasuki air.

Difahamkan, benteng berkenaan dibina dengan guni pasir atau beg pasir yang dijadikan sebagai penghadang.

Rumah yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan itu mencuri perhatian ramai.

Video yang meraih 2.5 juta tontonan itu juga membuatkan netizen tertanya-tanya tentang idea bijak yang dibuat oleh pemilik rumah berkenaan.