Penumpang terkejut, air banjir masuk dalam bas -” Bangun tidur selipar gerak sendiri”

28 Nov 2024 • 6:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Penumpang terkejut

Penumpang terkejut apabila air banjir masuk ke dalam bas yang dinaikinya selepas kenderaan awam itu melalui daerah yang sudah dinaiki air.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai pokjiks, dia telah memuat naik keadaan lantai bas ekspres dari Besut Ke Penang yang telah dinaiki air.

image is not available

Penumpang terkejut, tahu2 air banjir dah dalam bas

Ujarnya, dia yang ketika itu sedang tidur terkejut apabila selipar yang digunakan telah bergerak sendiri sewaktu terjaga daripada lena.

Dapat dilihat juga keadaan air yang memenuhi kawasan lantai bas dengan pengguna TikTok tersebut mengangkat kaki bagi mengelakkan pakaian yang digunakan basah.

@pokjiks

terkejut tgh tido tiba tiba slipar bergerak sendiri #banjir #banjir2024 #kelantan

♬ QKThr - Aphex Twin

image is not available

Penumpang terkejut, air paras pinggang dekat luar

Difahamkan, keadaan banjir di kawasan dilaluinya sudah menjangkau paras pinggang orang dewasa namun masih boleh diredahi oleh kenderaan berat.

Ternyata, air banjir tetap boleh memasuki bas ekspres tersebut dan bahagian bawah kenderaan berkenaan basah walaupun barang-barang seperti beg pakaian sempat dibawa naik ke tingkat atas selepas dimaklumkan oleh pemandu.

image is not available

Ni bas bertemakan taman tema air ke?

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila ada yang berseloroh mengatakan penumpang yang menaiki bas membeli tiket termasuk kolam renang sekali.

Selain daripada berkongsi kisah pernah mengalami kejadian hampir sama dengan pengguna TikTok, ada juga netizen yang mengakui sedikit khuatir untuk menaiki bas ketika cuaca yang kurang baik sejak kebelakangan ini.

image is not available

Driver bas pakai tabung oksigen ke kalau macam ni?

image is not available

Ada yang pernah alami situasi sama

image is not available

Ketika ini, beberapa negeri di Malaysia sudah dinaiki air dan kebanyakkannya di daerah Pantai Timur susulan musim tengkujuh yang tiba.

Pihak Met Malaysia juga sudah mengeluarkan amaran dan berwasada kepada orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko untuk sentiasa berhati-hati serta mengambil tahu keadaan cuaca setempat bagi bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir.

Sumber: TikTok pokjiks