Macam Dekat Restoran, Ini Resipi Mudah “Crispy Black Pepper Chicken”

FoodCooking
12 Jan 2026 • 7:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Macam Dekat Restoran, Ini Resipi Mudah “Crispy Black Pepper Chicken”

Kini, ramai yang lebih gemar membeli makanan di luar berbanding memasak sendiri di rumah.

Selain faktor masa, ada juga yang beranggapan bahawa masakan ala restoran memerlukan bahan yang banyak, rumit dan sukar untuk disediakan.

Hakikatnya, banyak hidangan yang kelihatan mewah sebenarnya boleh disediakan dengan cara yang ringkas.

Justeru, kali ini SK akan kongsikan satu resipi “crispy black pepper chicken” daripada pengguna akaun TikTok @bynursyuu yang mudah untuk disediakan di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan

Menurut @bynursyuu, untuk menyediakan ayam crispy, gunakan tiga keping ayam bahagian dada.

Seterusnya, sediakan tiga sudu besar tepung goreng ayam perisa pedas, tiga sudu besar tepung jagung serta sedikit air untuk dijadikan adunan basah.

Selain itu, sediakan juga tepung goreng ayam sebagai salutan kering.

image is not available
Kredit: @bynursyuu

Sebagai pelengkap hidangan, sediakan minyak untuk menggoreng, bawang putih yang dicincang halus, lada benggala merah dan hijau yang dipotong dadu serta bawang holland yang dihiris.

Bagi penyediaan sos lada hitam, diperlukan lima sudu besar sos lada hitam, dua sudu besar kicap lemak manis dan satu sudu besar minyak bijan.

Kemudian, sediakan sedikit air serta setengah sudu besar tepung jagung untuk memekatkan sos.

Cara menyediakan ayam “cripsy”

Dalam video @bynursyuu, dia memulakan penyediaan dengan memasukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu ke dalam sebuah mangkuk.

Kemudian, masukkan tepung goreng ayam perisa pedas, tepung jagung dan sedikit air. Seterusnya, gaulkan sehingga adunan menjadi pekat dan sekata.

image is not available
Kredit: @bynursyuu

Selepas itu, sediakan tepung goreng ayam di dalam pinggan berasingan.

Ambil ayam yang telah disalut adunan pekat tadi dan gaulkan satu persatu ke dalam tepung kering sehingga bersalut rata.

Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga bertukar warna kuning keemasan. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

image is not available
Kredit: @bynursyuu

Cara menyediakan sos “black pepper”

Untuk menyediakan sos, @bynursyuu dalam videonya menyatukan sos black pepper, kicap lemak manis, minyak bijan, air dan tepung jagung di dalam satu mangkuk, lalu gaulkan sehingga sebati.

Seterusnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.

image is not available
Kredit: @bynursyuu

Kemudian, masukkan lada benggala bersama bawang holland dan tumis sebentar sehingga sedikit layu.

Akhir sekali, masukkan sos lada hitam yang telah disediakan tadi, diikuti ayam goreng. Gaul sehingga semua bahan bersalut rata dengan sos, dan “crispy black pepper chicken” sedia untuk dihidang.

@bynursyuu

Crispy black pepper chicken image is not available Bahan crispy chicken image is not available ayam bahagian chicken chop (3 keping) image is not available 3 sdm tepung goreng ayam spicy image is not available 3 sdm tepung jagung image is not available air secukupnya image is not available tepung goreng ayam (salutan kering) Bahan sos image is not available 5 sdm sos black pepper image is not available 2 sdm kicap lemak manis image is not available 1 sdm minyak bijan image is not available air secukupnya image is not available ½ sdm tepung jagung Bahan lain image is not available minyak image is not available bawang putih (cincang halus) image is not available capsicum merah hijau (dadu) image is not available bawang holland Tips image is not available gorengkan capsicum & bawang holland hingga wangi sebelum masukkan sos image is not available tutup api selepas sos mendidih sekejap. Selapas itu baru masukkan ayam crispy Selamat mencuba image is not available #resepisimple #blackpepper

♬ Dengarlah gemala hati, From : ”Panggilan Pulau” – Tan Sri P. Ramlee

BACA: Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Mudah Salmon Buttermilk

Sumber: @bynursyuu

The post Macam Dekat Restoran, Ini Resipi Mudah “Crispy Black Pepper Chicken” appeared first on Siakap Keli.