
Macam Makan Dekat Hatyai, Ini Resipi Sup Ayam Ala Thai
Tidak dapat dinafikan bahawa masakan Thai sememangnya sangat digemari oleh masyarakat Malaysia kerana rasanya yang unik dan memikat.
Gabungan rasa masam, pedas, manis dan beraroma membuatkan setiap hidangan dari negara jiran ini mudah menambat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.
Bagi sesetengah orang, hidangan Thai bukan sahaja menjadi pilihan ketika menjamu selera di restoran tetapi juga sering menjadi kegemaran untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah.
Jadi, kali ini SK akan kongsikan resipi mudah sup ayam ala Thai yang boleh disediakan di rumah sendiri.
Untuk makluman, resipi ini diambil daripada pengguna akaun TikTok @Che Sayang Kitchen.
Bahan-bahan yang perlu disediakan
Menurut video resipi @Che Sayang Kitchen, untuk menyediakan sup ayam ala Thai, bahan-bahannya cukup mudah.
Hidangan ini memerlukan seekor ayam bersaiz sederhana sebagai bahan utama.
Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah halia sepanjang tiga inci, tiga ulas bawang putih, lengkuas sepanjang tiga inci serta dua akar ketumbar.

Selain itu, dua batang serai yang terlah dititik dan suku biji bawang Holland juga diperlukan.
Di samping itu, sedikit serbuk lada hitam, air secukupnya, enam tangkai cili padi dan lobak merah turut menjadi bahan pelengkap.
Untuk perasa, sos ikan Thai digunakan bersama garam dan perasa secukup rasa.
Hidangan ini turut dilengkapkan dengan daun ketumbar serta perahana limau nipis.
Tumis bumbu untuk sup ayam
@Che Sayang Kitchen dalam videonya menjelaskan cara menyediakan sup ayam dimulakan dengan halia, bawang putih, lengkuas dan akar ketumbar ditumbuk halus menggunakan lesung batu.
Seterusnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan dua batang serai.
Setelah itu, masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama suku biji bawang Holland.

Kemudian, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan tumis sehingga bahan-bahan tersebut naik bau.
Selepas itu, masukkan sup bunjut serta ayam yang telah dipotong kecil supaya lebih mudah dimakan.
Biarkan ayam tersebut dimasak seketika sehingga sedikit kecut sebelum memasukkan air.
Penyediaan sup ayam ala Thai
Dalam klip video TikTok @Che Sayang Kitchen, seterusnya, tuangkan air sehingga parasnya sama tinggi dengan ayam. Jika ingin rasa yang lebih pedas, boleh ditambah cili padi yang telah ditumbuk.
Masukkan lobak merah yang telah dipotong dan tambah sedikit air sekiranya perlu.
Biarkan sup tersebut dimasak sehingga ayam benar-benar empuk. Setelah itu, masukkan sos ikan dan potongan tomato.
Perasakan dengan garam secukup rasa serta sedikit serbuk perasa, kemudian biarkan ia mendidih seketika supaya semua bahan sebati.

Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan perahkan sedikit limau nipis bagi mengimbangi rasa sup.
Sup ayam ala Thai ini sedia untuk dihidangkan dan lebih enak dinikmati bersama nasi panas serta sambal kicap.
@chesayang_kitchen Resepi kids meal Rembayung untuk adik2 lebih umur
. Sup ayam ala thai, kalau ada nasi putih panas dengan sambal kicap pun sedap ni. Selamat mencuba! – 1 ekor ayam saiz sederhana – 3 inci halia – 3 ulas bawang putih – 3 inci lengkuas – 2 akar ketumbar – 2 batang serai dititik – 1/4 bawang holland – Sedikit serbuk blackpepper – Air secukupnya – 6 tangkai cili padi – Carrot – Sos ikan thai – Garam & perasa – Daun ketumbar – Limau nipis
BACA: Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”
Sumber: @Che Sayang Kitchen via TikTok
The post Macam Makan Dekat Hatyai, Ini Resipi Sup Ayam Ala Thai appeared first on Siakap Keli.


