“Macam Detective Conan” – Wanita Tunjuk Bukti, Dakwa Cerita Housemate Pocong Hanya Rekaan

LocalEntertainment
29 May 2025 • 12:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, media sosial kecoh mengenai kisah misteri seorang guru wanita yang mendakwa telah diganggu oleh makhluk halus selepas dia berpindah ke sebuah rumah sewa di Jalan Kebun, Shah Alam.

Kongsi guru tersebut dalam bentuk penulisan di TikTok, rakan serumahnya merupakan pocong yang selama ini menjelmakan diri sebagai manusia. Lebih menyeramkan, tidak lama kemudiannya guru yang dikenali sebagai Nina itu dikatakan meninggal dunia perkara itu tular.

Kisah seram itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial memandangkan ada individu-individu yang tidak mempercayainya.

Wanita tampil tunjuk bukti bahawa kisah housemate pocong hanya rekaan sahaja

Terbaharu, seorang netizen wanita mendakwa kisah housemate pocong itu hanyalah rekaan semata-mata. Dia turut menampilkan ‘bukti-bukti’ bagi menguatkan dakwaannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X miliknya (@mimiiviridae), wanita itu mendakwa bahawa gaya penulisan yang pernah ditulis Nina dan rakan serumahnya yang mendakwa guru tersebut telah meninggal dunia adalah sama.

Sehubungan itu, dia tidak menolak kemungkinan sekiranya kedua-dua pengguna media sosial itu adalah orang yang sama.

Corak penulisan Nina dan housemate sama

Dalam ciapannya, wanita itu menunjukkan bahawa corak penulisan Nina bagi perkataan ‘awak’ yang ditulis ‘Awk’ adalah sama seperi rakan serumahnya.

Buktinya lagi, perkataan ‘macam’ yang ditulis dengan singkatan ‘Mcm’ bersama huruf M besar oleh housemate terbabit juga sama.

Akhir sekali, wanita itu menunjukkan juga bahawa ejaan bagi perkataan ‘dia orang’ atau ‘diorang’ yang ditulis ‘dyorg’ juga adalah sama.

Jika dilihat dari dakwaan tersebut, ia kedengaran logik kerana agak mustahil sekiranya kesemua corak penulisan ini hanya kebetulan sahaja melainkan ia ditulis oleh orang yang sama.

Netizen pakat percaya kisah ‘housemate pocong’ hanya rekaan semata-mata

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempercayai sekiranya kisah housemate pocong itu hanyalah rekaan demi konten sahaja.

Terdapat segelintir netizen yang menzahirkan rasa kekesalan kerana telah mempercayai kisah tersebut dan telah berkongsikannya kepada individu lain.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka sejak kisah itu tular lagi sudah tidak mempercayainya kerana terlalu banyak perkara yang dirahsiakan.

“Lepastu kenapa tak ada cikgu-cikgu orang murid-murid yang bersuara if dia cikgu.”

image is not available

“Aku anggap ini urban legend je.”

image is not available

“Akhir zaman ini, hantu pun kena fitnah”

image is not available