Macam di Planet Marikh, langit  jingga akibat jerebu

Environment
15 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Macam di Planet Marikh, langit  jingga akibat jerebu

JAKARTA – Penduduk kota  di Palangkaraya, Kalimantan Tengah dibelenggu pemandangan langit bertukar warna jingga apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda wilayah itu, lapor laman berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform Threads oleh akaun @firda_6697 menunjukkan perakam membuka pintu rumahnya sebelum menunjukkan kawasan perumahan yang diselubungi jerebu tebal, dengan langit berwarna jingga. 

“Tengok asapnya, blok di hadapan sudah tidak kelihatan Ya Allah. Benarkah ini Bumi. Astagfirullahaladzim. Matahari tidak ada langsung,” kata perakam di dalam video itu.

Klip video tersebut dirakam pada pukul 11.04 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 153,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ini situasi sebenar, bukan ‘filter’,” kata seorang netizen. 

“Tak boleh bayangkan kalau bulan puasa dengan keadaan seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Macam di Planet Marikh, langit  jingga akibat jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved