“Macam Dia Pulak Yang Bercerai” – Uqasha Senrose ‘Sound’ Netizen Yang Melebih-Lebih

EntertainmentLifestyle
13 Jan 2026 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Uqasha Senrose semalam akhirnya bercerai talak satu selepas suaminya, Kamal Adli melafazkan talak di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selepas penceraian, Uqasha dilihat meluahkan rasa kurang senang terhadap netizen yang didakwa ‘lebih sudu daripada kuah’.

“Jangan lebih-lebih sangat!”

Uqasha secara terbuka menegur sikap sesetengah netizen yang terlalu ‘masuk campur’ dan memperbesar-besarkan isu rumah tangga mereka.

image is not available
image is not available

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju agar isu ini tidak diperbesar, dan ada juga yang terus mempertikaikan tindakan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Kamal Adli ada meluahkan rasa sedih dengan perpisahan yang berlaku. Dia sebenarnya enggan berpisah namun akur dengan takdir yang tertulis untuknya.

Pssttt! Kadang-kadang bila kita terlalu sibuk menghakimi hidup orang, kita lupa untuk jaga batas sendiri. Apa pun yang berlaku antara dua insan ini, kita doakan yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.

Kredit: Threads Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Macam Dia Pulak Yang Bercerai” – Uqasha Senrose ‘Sound’ Netizen Yang Melebih-Lebih appeared first on Oh! Media.