"Macam Final Destination" Skrin LED Gergasi Jatuh Timpa Penari Ketika Persembahan

Entertainment
29 Jul 2022 • 11:37 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebelum korang tengok video yang tertera, saya bagi warning awal-awal. Visual yang terpapar agak ngeri dan seriau. Kalau rasa lemah semangat, jangan tengok.

Dua penari di Hong Kong cedera selepas terkena skrin yang jatuh semasa Mirror, sebuah kumpulan paling popular di negara tersebut membuat persembahan, lapor Reuters.

Seperti yang terpapar, ia berlaku semasa sekumpulan penari berpakaian putih membuat persembahan secara langsung di atas pentas di Hong Kong Coliseum. Secara tiba-tiba sebuah skrin video bersaiz gergasi jatuh dan menghempap ​​salah seorang penari. Skrin itu kemudiannya jatuh ke atas seorang lagi sebelum yang lain bergegas untuk membantunya.

Mangsa kejadian kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sejurus selepas 10.30 malam waktu tempatan, polis memberitahu AFP.

Dua orang penari tersebut, adalah lelaki dan seorang mengalami kecederaan yang serius disebabkan skrin tersebut jatuh terkena lehernya, manakala seorang lagi berada dalam keadaan stabil.

Moga cepat sembuh!