"Macam-macam Spekulasi Dari Peminat" - Syasya Janji Beri Penjelasan Kepada Peminat

23 Apr 2024 • 12:03 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis pernikahannya yang berlangsung secara tertutup kelmarin.

Syasya atau nama penuhnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, peminatnya layak untuk mendapat penjelasan berhubung pernikahan dengan jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya.

Menerusi perkongsian berbeza, Syasya turut memuat naik beberapa keping foto pernikahannya kelmarin.

Rata-rata memuji kecantikannya yang manis dalam persalinan serba putih sedondon dengan suami tercinta. Malah, ada juga yang menyokong keputusannya untuk menarik diri daripada Dolla kerana mahu mendirikan rumah tangga. Namun tidak kurang juga yang bermulut jahat, menyatakan spekulasi sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved