‘Macam mana anda tahu ini perhimpunan bulanan terakhir saya? Saya tak pernah sebut’ – Loke

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, enggan mengesahkan sama ada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini merupakan yang terakhir disertainya bersama warga kementerian itu, lapor Malaysia Gazette.

“Macam mana anda tahu ini perhimpunan bulanan terakhir saya? Saya tidak pernah menyebutnya. Selepas Ahad, kita cakap tentang ini,” katanya ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Ditanya mengenai perasaannya ketika ini, Anthony Loke berkata beliau berada dalam keadaan tenang.

“Saya tidak tahu kenapa anda tanya soalan itu (adakah nervous). Sebab saya tenang saja hari ini.
“Selepas ini saya ada nak celebrate hari jadi Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri M Jama Sathian, okay? Terima kasih,” ujarnya.
Image from: ‘Macam mana anda tahu ini perhimpunan bulanan terakhir saya? Saya tak pernah sebut’ – Loke

Foto arkib: Bernama

Perkara itu timbul susulan Persidangan Parti DAP 2026 yang dijadual berlangsung Ahad ini, yang antara lain akan menentukan pendirian parti berhubung kedudukannya dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.

Sebelum ini, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong dilaporkan berkata, Loke akan membentangkan usul berkaitan perkara berkenaan pada persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan tahunan DAP itu pada asalnya dijadualkan pada 12 Julai lalu, namun ditangguhkan bagi membolehkan parti berkenaan memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved