Pangkalan Data Framework Digodam – Pelbagai Butiran Peribadi Pelanggan Terdedah

TechnologyDigital
10 Aug 2026 • 5:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pangkalan Data Framework Digodam – Pelbagai Butiran Peribadi Pelanggan Terdedah

Jika anda mengikuti perkembangan dunia teknologi komputer riba, anda pasti sekurang-kurangnya pernah mendengar nama Framework, iaitu jenama komputer riba yang dikenali untuk model-model komputer riba modular mereka, yang mana setiap bahagian boleh ditukar oleh pengguna mengikut keperluan mereka.

Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa pangkalan data Framework telah digodam melalui platform risikan perniagaan yang digunakan mereka, iaitu Metabase. Ia dilaporkan bahawa beberapa pada 3 Ogos 2026, Metabase telah mendapat tahu bahawa perkhidmatan mereka telah diserang oleh penggodam melalui kerentanan yang tidak disedari oleh mereka.

Image from: Pangkalan Data Framework Digodam – Pelbagai Butiran Peribadi Pelanggan Terdedah

Framework telah diberitahu beberapa hari kemudian bahawa penggodam tersebut telah mengakses data yang terkandung di dalam akaun Metabase mereka, dan sejumlah besar data yang terkandung dalam akaun tersebut juga telah terdedah.

Data yang diakses ini termasuklah nama penuh, alamat emel, alamat IP yang digunakan untuk log masuk ke akaun pelanggan, nombor telefon dan alamat bayaran dan penghantaran. Selain daripada pelanggan biasa, nampaknya butiran pelanggan Framework For Business yang terdiri dari syarikat-syarikat tertentu juga terkesan dengan godaman ini.

Image from: Pangkalan Data Framework Digodam – Pelbagai Butiran Peribadi Pelanggan Terdedah

Walaupun begitu, nampaknya butiran yang lebih sensitif seperti pembelian dan butiran pembayaran pelanggan nampaknya tidak tertiris melalui serangan ini.

Framework juga nampaknya telah memberitahu pelanggan-pelanggan mereka apa yang berlaku dengan pantas, dalam masa enam jam setelah syarikat tersebut diberitahu apa yang telah berlaku oleh Metabase. Mereka juga mengesahkan bahawa kerentanan yang membolehkan penggodam mendapat akses kepada pangkalan data Framework telah dipadamkan.

Sumber: Framework Reddit

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved