“Macam mana boleh lepas masuk?” – Tular Dakwaan Organisasi Jenayah Dari Nigeria Berada Di Malaysia, Polis Jalankan Siasatan

17 Nov 2026 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

organisasi jenayah nigeria ft

Kegiatan sebuah organisasi dikenali sebagai De Norsemen Klub International (DNKI) yang dipercayai dianggotai komuniti Nigeria di Malaysia mula menjadi perhatian selepas gambar dan video perjumpaan kumpulan itu tular di media sosial.

Dalam video itu, memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian hitam dan merah dengan lambang DNKI serta bendera Malaysia. Malah, ada hantaran gambar sebuah majlis yang memaparkan kain rentang tertera tulisan ‘De Norsemen Club International Malaysia Chapter’.

Hantaran itu turut mempersoalkan kegiatan serta status pertubuhan berkenaan di Malaysia sekali gus menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberikan penjelasan berhubung organisasi terbabit.

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang: Lelaki Nigeria Terlepas Hukuman Gantung, Ini Yang Berlaku…

Artikel berkaitan: “Anak yatim tak ada mak ayah” – Rakan Warga Asing Yang T*tak Polis Di Kepong Mohon Belas Kasihan Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga timbul dakwaan yang mengaitkan DNKI dengan kumpulan dikenali sebagai Vikings dari Nigeria yang pernah mendapat perhatian pihak berkuasa luar negara berhubung kegiatan jenayah terancang.

Bagaimanapun, belum dapat dibuktikan lagi individu yang muncul dalam gambar dan video tular itu mempunyai kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)


DNKI menerusi laman rasminya pula memperkenalkan organisasi itu sebagai pertubuhan yang menjalankan kegiatan kebajikan, bantuan kemanusiaan dan pembangunan komuniti.

Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan maklumat yang tular berhubung pertubuhan berkenaan.

“Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved