Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Personaliti media sosial yang juga anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona memang tak pernah gagal menghiburkan pengikutnya dengan telatah yang spontan dan bersahaja.
Terbaru, satu potongan klip video daripada sesi siaran langsung (live) Leona tular di media sosial sehingga mencuit hati ramai gara-gara reaksi cemasnya yang disangka sedang diganggu ‘entiti’.
Artikel berkaitan : “Real ke ni?” – Leona Pakai ‘Dress’ Pengantin, Ramai Dah Ucap Tahniah?
Artikel berkaitan : “Boyfriend pun tak ada, apatah lagi suami” – Kasih Iris Leona Perjelas Status, Nafi Sudah Berkahwin Senyap-senyap
Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, Leona dilihat sedang santai berborak dengan pengikutnya di dalam bilik sambil asyik memicit mainan squishy berwarna merah jambu di tangan.
Namun, suasana tenang itu bertukar kelam-kabut apabila secara tiba-tiba kedengaran bunyi muzik dan nyanyian lagu tular berbahasa Cina yang bergema kuat.
Dek kerana tidak perasan bunyi tersebut sebenarnya datang daripada kesan audio live gift yang dihantar oleh penontonnya, Leona terus terkejut besar sehingga mula memikirkan sesuatu yang ‘pelik’.
Lebih melucukan, dia menyangka mainan squishy yang sedang dipegangnya itu tiba-tiba ‘bernyanyi’ sendiri!
Dalam keadaan panik dan cuak, Leona terdiam sebelum bangun menjauhkan diri dari kerusinya dengan wajah ketakutan.
Walau bagaimanapun, selepas menyedari punca sebenar bunyi itu hanyalah ‘gift’ daripada peminatnya, dia terus ketawa besar kerana geli hati dengan telatah kalutnya sendiri.
“Saya ingatkan squishy saya mula menyanyi, rupa-rupanya hadiah live”, tulisnya ringkas pada video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kepolosan Leona yang betul-betul percaya mainannya itu mengeluarkan bunyi. Ramai yang menyifatkan reaksi spontan gadis berusia 24 tahun itu sangat relatable dan menceriakan hari mereka.

Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

