
Gelagat seorang kanak-kanak lelaki bermain kereta mainan menjadi tular apabila kereta itu tersangkut pada rambutnya.
Kejadian itu dirakam ibunya yang tidak tahan ketawa dan menyakat anaknya yang meminta pertolongan dari suaminya.
Kanak-kanak lelaki itu kelihatan tenang walaupun kereta mainannya tersangkut pada rambut.
Ayah kanak-kanak lelaki itu cuba melepaskan kereta mainan itu, namun sukar untuk melepaskan kerana rambut keriting.
Reaksi wajah kanak-kanak itu yang comel seakan tidak bersalah membuatkan warganet geram dengan teletahnya.
Artikel berkaitan:[VIDEO] Student Pasrah Rambut Kena Gunting, Tapi Yang Jadi Perhatian Cikgunya
Artikel berkaitan:Kitorang Tak Basuh Rambut Selama Seminggu
Video berkenaan mendapat ribuan tontonan dan komen dari warganet yang terhibur.
“Adik tak salah, rambut yang tebal.
“Comel betul rambut afro tu.
“Itu rambut dik bukan track..hehehe,” antara komen netizen.
Agak-agak berapa lama nak lepaskan kereta mainan tu?
Jangan sampai kena potong rambut dah lar yer.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



