“Macam Mana Raya Kalian?” – M Nasir ‘Turun Padang’ Layan Netizen Di TikTok, Ramai Terhibur

LocalEntertainment
27 Mar 2026 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi legenda, M Nasir mencuri perhatian ramai apabila tampil aktif berinteraksi dengan peminat di media sosial sempena sambutan Aidilfitri.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, M Nasir memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju Melayu bersampin dan bersongkok, sambil diiringi lagu nyanyiannya, Satu Hari Di Hari Raya.

Advertisement
View this post on Instagram

Lebih menarik, beliau turut meninggalkan kapsyen santai yang mengajak netizen berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang Aidilfitri.

“Macam mana raya kalian? Ceritalah….”

Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi, termasuk berkongsi cerita raya yang mencuit hati.

image is not available

image is not available

Dalam masa sama, pelantun lagu Mentera Semerah Padi itu turut melayani komen-komen yang ditinggalkan dengan gaya bersahaja dan penuh humor, sekali gus menghiburkan ramai.

Gelagatnya itu juga membuatkan segelintir netizen terkejut, malah sukar mempercayai bahawa figura legenda tersebut aktif menggunakan media sosial.

Tidak kurang juga, ramai yang mengambil peluang berkongsi pengalaman dan kenangan mereka apabila pernah bertemu dengan M Nasir, menjadikan ruangan komen lebih meriah dan penuh nostalgia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-27 13:39:56

Bella Astillah Didakwa Halang Aliff Aziz Jumpa Anak-Anak, Adik Tampil 'Backup' - "Jenis Nak Masuk Campur Hal Orang.."

The post “Macam Mana Raya Kalian?” – M Nasir ‘Turun Padang’ Layan Netizen Di TikTok, Ramai Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.