Susuk Tubuh Wanita Di Instagram Nubhan Curi Perhatian Netizen – “Seteruk Ini Dia Downgrade”

EntertainmentTravel
27 Mar 2026 • 9:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Nama penyanyi Nubhan kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbaharu di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nubhan dilihat sedang menikmati percutian di Vietnam, beberapa hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Advertisement

Namun begitu, di sebalik perkongsian santai itu, terdapat satu gambar yang mencuri perhatian ramai apabila Nubhan dilihat bersama seorang wanita ketika menaiki Alpine Coaster di Ba Na Hills.

image is not available

Berdasarkan pemerhatian,  wanita tersebut didakwa merupakan individu yang pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam isu rumah tangga Nubhan sebelum ini.

Susulan itu, ruangan komen di platform Threads dipenuhi pelbagai reaksi netizen, termasuk kecaman yang menganggap tindakan tersebut seolah-olah mengesahkan khabar angin terdahulu.

View this post on Instagram

“Aku dah biasa tengok orang downgrade tapi aku tak pernah sangka seteruk ni dia downgrade.”

“Oh sebenarnya betul la eh?”

“Hmm dah habis pusing eh? Sure eh?”

“Jadi betullah ek yang sebelum-sebelum ini. Takpe aku doakan Dr Fie dapat jodoh yang lebih baik, hensem sekufu dengannya yang educated tu. Amin.”

“Dia (Nubhan) sudah mengiyakan tuan puan.”

Walau bagaimanapun, Nubhan setakat ini tidak memberikan sebarang kenyataan balas berhubung komen-komen tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan da bawah.

image is not available2026-03-27 08:28:55

“Saya Masih Isteri Sah” – Fyna Jebat Dedah Status Sebenar, Akui Jadi ‘Simpanan’ Zainal Abidin 4 Tahun

The post Susuk Tubuh Wanita Di Instagram Nubhan Curi Perhatian Netizen – “Seteruk Ini Dia Downgrade” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.