“Macam Mana Tahu Hal Peribadi Saya? Awak Ni Menakutkan” – Wanita Dikecam, Tunjuk Obses Melampau Terhadap Khairul Aming

21 Jul 2026 • 8:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu kebocoran maklumat bil peribadi usahawan terkenal, Khairul Aming kini menjadi semakin serius apabila netizen mendakwa individu yang dikaitkan dengan kejadian itu menunjukkan pola tingkah laku obses terhadapnya.

Berdasarkan perkongsian yang tersebar di media sosial, pemilik akaun berkenaan didakwa bukan sahaja mempunyai akses kepada bil telefon Khairul Aming, malah dikatakan sering menjejaki aktiviti serta maklumat peribadi usahawan itu.

Advertisement

KA

 

Dakwaan tersebut tercetus selepas netizen mendapati individu berkenaan kerap mengunjungi restoran Rembayung dan menyimpan beberapa gambar setiap kali berada di premis tersebut di akaun media sosialnya.

Wanita itu juga didakwa pernah menggunakan gambar bersama Khairul Aming sebagai foto profil di Facebook, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap minatnya terhadap usahawan terbabit.

Malah, netizen turut menemui satu resit pembayaran yang menunjukkan individu itu dipercayai mengunjungi Rembayung pada 12 Mac, kira-kira pukul 3.25 petang.

KA

KA Image from: “Macam Mana Tahu Hal Peribadi Saya? Awak Ni Menakutkan” – Wanita Dikecam, Tunjuk Obses Melampau Terhadap Khairul Aming

Lebih membimbangkan, individu tersebut turut didakwa memiliki maklumat kad pengenalan Khairul Aming yang dipercayai digunakan untuk membuat semakan berkaitan MyKasih.

Bagaimanapun, kesemua dakwaan yang dibangkitkan netizen itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa atau individu terbabit.

Difahamkan, akaun media sosial wanita berkenaan kini telah dikunci, manakala gambar profilnya turut dipadamkan selepas menerima kecaman orang ramai.

Dalam perkembangan sama, Khairul Aming masih menantikan penjelasan daripada pihak telco berkenaan berhubung bagaimana maklumat bil peribadinya boleh diakses dan didedahkan oleh pihak lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

view chin2026-07-20 11:44:40

"Macam Tak Ada Maruah, Otak Kat Jubo" - View Chin Dan Isteri Dikecam, Didakwa Buat Konten 'Double Meaning'

The post “Macam Mana Tahu Hal Peribadi Saya? Awak Ni Menakutkan” – Wanita Dikecam, Tunjuk Obses Melampau Terhadap Khairul Aming first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved