“Macam manalah tak terbabas” – Netizen Bengang Sikap Pemandu Lori, Ukir Bunga Tayar Sendiri

Entertainment
16 Jul 2024 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak insiden kemalangan melibatkan lori atau muatan berat yang berakhir dengan kematian.

Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan ramai dan ada yang meminta supaya pihak berkuasa melakukan sesuatu agar undang-undang berkaitan dengan kenderaan berat ini diketatkan dan tiada lagi kemalangan jiwa dilaporkan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di X memaparkan seorang individu yang mendakwa melakukan servis ‘ukir bunga’ pada tayar.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat individu berkenaan mengukir bunga pada tayar kenderaan berat yang sudah botak.

“Mai semua boleh buat, roger ja sampai.”

“Tukar jelah baru, kenapa kedekut sangat ni”

Video yang tular itu telah mengundang kecaman netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pemandu lori atau treler yang melakukan perbuatan ini.

Ia ternyata mengundang bahaya dan menyebabkan nyawa orang lain di atas jalan raya juga terancam.

image is not available

 

Harap pihak berkuasa dapatlah kuatkuasakan undang-undang yang lebih ketat supaya kes seperti ini tidak berlaku.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.