“Macam met gala” – [VIDEO] Jemaah Haji Indonesia Melaram Ketika Pulang Dari Tanah Suci

Entertainment
26 Jun 2024 • 2:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Waktu sekarang ini kita sedia maklum, jemaah haji sudah mula pulang ke tanah air masing-masing, mungkin kita boleh lihat perkongsian daripada rakan-rakan, saudara mara di media sosial yang menunjukkan detik manis kepulangan ahli keluarga mereka dari tanah suci.

Malah, di media sosial pun, boleh nampak secara random dekat timeline media sosial kepulangan mereka, tapi apa yang paling menjadi tumpuan warganet ini adalah satu video yang menunjukkan kepulangan jemaah-jemaah haji dari Indonesia ini.

Video yang berdurasi 51 saat ini telah meraih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari ia dimuatnaik di TikTok, apa yang menjadi perhatian warganet adalah melihat para jemaah wanita melaram ketika turun dari kapal terbang.

Jika diperhatikan pakaian mereka semuanya seperti baru sahaja pulang dari acara-acara besar dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa tujuan mereka melaram adalah kerana menunaikan haji ini diibarat satu simbol kekayaan buat mereka. Bagaimanapun, rata-rata tergamam apabila melihat mereka melaram seperti berada di Met Gala.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mungkin mereka adalah cara mereka tersendiri, namun bagitu, niat itu kita janganlah pertikaikan hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.