Macam Tak Percaya, Kualiti Udara Kuala Lumpur Lebih Bersih Berbanding New Zealand

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 1:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Macam Tak Percaya, Kualiti Udara Kuala Lumpur Lebih Bersih Berbanding New Zealand

Hari-hari sebelum ini, kebanyakan penduduk di seluruh Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang ditemani dengan pemandangan langit suram dan jerebu yang merimaskan.

Namun, terasa sedikit janggal sebaik melangkah keluar dari pintu rumah pada awal pagi 25 Oktober 2026.

Ternyata, langit di sekitar Lembah Klang kembali membiru cerah dengan deretan panorama langit kota yang kembali megah kelihatan.

Lebih menarik, panorama indah itu bukan sekadar ilusi mata bahkan kualiti udara yang ditunjukkan cukup mengejutkan.

Ramai Terkejut Pagi Ini Langit Kuala Lumpur Kembali Membiru

Image from: Macam Tak Percaya, Kualiti Udara Kuala Lumpur Lebih Bersih Berbanding New Zealand
Kredit: Threads

Dalam perbualan hangat di platform media sosial berhubung suasana tanpa jerebu awal pagi ini.

Perkongsian seorang pengguna, Zev Tam mencuri perhatian ramai dia memuat naik tangkap layar perbandingan kualiti udara semasa antara Kuala Lumpur dan New Zealand.

Korang tahu tak, kualiti udara KL pagi tadi lagi bagus daripada New Zealand serius

Image from: Macam Tak Percaya, Kualiti Udara Kuala Lumpur Lebih Bersih Berbanding New Zealand
Kredit: Threads

Menerusi perkongsian berkenaan, data daripada stesen pemantauan di Kampung Baharu Balakong sekitar jam 9 pagi merekodkan bacaan indeks kualiti udara (US AQI) serendah 23, berada dalam kategori Baik dengan kepekatan partikel halus PM2.5 hanya pada 4.2 mikrogram per meter padu.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila bacaan itu dibandingkan dengan bandar Wellington di New Zealand yang mencatatkan indeks 49 US AQI.

Rekod bacaan di kawasan Kuala Lumpur pada pagi tersebut ternyata jauh lebih rendah dan bersih berbanding bandar di negara yang sering sinonim dengan alam sekitar yang bersih itu.

Netizen Macam Tak Percaya

"Bangun je dari tido tadi terus bukk langsir. Nak nangis jap sebab dah lama tak dapat view ceni" komen seorang pengguna.

"KL sky is back in 4K" kongsi seorang pengguna.

Baca juga:

Tiupan Angin Monsun Timur Laut

Perubahan kualiti udara yang mendadak ini berkait rapat dengan perubahan corak tiupan angin semasa.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 27 Oktober 2026 dan berterusan sehingga Mac 2027.

Menurut MetMalaysia, semasa MTL, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

Dalam pada itu, semasa fasa awal MTL dari November 2026 hingga Januari 2027, sebanyak tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku.

Keadaan itu berpotensi mengakibatkan kejadian banjir, khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.

Selain itu, tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta meningkatkan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved