“Selagi Rezeki Mencurah, Selagi Tu Tak Goyah” – Tak Serik Dikecam Buat Lawak ‘Telur Masam’, ‘Posting’ Baru Kieda Crepe Curi Perhatian

LocalFood
23 Jun 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, melalui platform X, seorang individu telah memuat naik semula hantaran Instagram Story yang dimuat naik oleh usahawan sensasi, Kieda Crepe yang seakan-akan tidak serik dikecam warganet.

Tak serik dikecam netizen isu ‘telur masam’

Dapat dilihat dalam hantaran foto tersebut, Kieda bergambar suaminya, Hilmi di dalam kereta dengan meletak kapsyen ‘My loqsham’ iaitu singkatan untuk ‘telur masam’.

Hal tersebut telah mencuri perhatian individu terbabit yang merasakan wanita seperti Kieda ini tidak akan serik dikecam warganet kerana merasakan itu cara mendapatkan perhatian netizen.

Dia tak kisah pun kena kecam. Sebab setiap kali dikecam, makin ramai pula datang membeli. Selagi rezeki terus mencurah-curah, selagi tu dia tak goyah.

Sifatkan Hilmi bersikap dayus, terus-menerus buka aib

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyifatkan suami Kieda sebagai seorang yang dayus kerana membiarkan isteri terus-menerus mengaibkan dirinya dan ramai juga meluahkan rasa bimbang untuk membeli dessert di kedai Kieda lagi.

image is not available

image is not available

image is not available 6 hours ago

Dituduh Tak Malu Buat Lawak ‘Telur Masam’, Suami Pertahankan Kieda Crepe - “Come On Dah 2025, Gelabah Sangat Ni”

View Original Article