
Nama seorang pempengaruh berhijab menjadi bualan hangat kaum Hawa di laman sosial X selepas dia, yang menjual tudung jenamanya sendiri bertindak membuat copyright.
Menerusi aplikasi X, seorang individu memuat naik hantaran di mana dia berpendapat tindakan pempengaruh tersebut selfish kerana mengambil hak cipta jenis tudung bawal yang sudah lama berada di pasaran.
Macam lah idea tu datang daripada kamu. Konon siap cakap kira ok dia tak copyright for plain (design) juga supaya peniaga lain boleh jual.
Macam lah dia yang cipta bentuk tudung tu
Difahamkan, isu tersebut mendapat perhatian selepas pempengaruh itu sendiri memuat naik video di TikTok memaklumkan tentang hal hak cipta tudung bawal berbentuk L.
Katanya, jika ada mana-mana usahawan hijab yang menjual tudung berbentuk L tersebut, dia bakal mengambil tindakan undang-undang.
Rata-rata individu yang tahu tentang hal ini menghentam pempengaruh itu habis-habisan kerana pentingkan diri selain menjual tudung jenamanya dengan harga yang tidak berpatutan.
Pentingkan diri sangat dia. Sanggup copyright bentuk semata-mata nak pastikan dia seorang saja yang jual.
Rupanya pernah ada isu sebelum ni?
Menerusi komen warganet, mereka mendedahkan pempengaruh ini pernah mempunyai masalah yang lebih kurang sama membabitkan tiru meniru design.
Dia ni lah yang tiru design baju satu jenama ni tapi bila owner tanya, dia cakap ada kedai lain yang jual juga.
Ramai nak boikot
Disebabkan tindakannya itu yang dianggap sangat mementingkan diri dan menjengkelkan, ramai yang mahu memboikot jenama tudung pempengaruh tersebut.
Lebih lebih lagi apabila mereka mendapat tahu harga jualan bagi tudung berbentuk L dijual olehnya ‘tidak masuk akal’.
Sementara itu, beberapa individu menerangkan bahawa sebenarnya pempengaruh tersebut tersilap cakap kerana tudung tidak boleh copyright, sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah patent.
'Viral' Beri Mas Kahwin Kereta Mercedes, Ramai Muncul Minta Suami Pempengaruh Bayar Duit 'Scam' Orang
The post “Macamlah Idea Tu Dari Kau, Selfish” – ‘Copyright’ Bentuk Tudung Bawal ‘L’, Pempengaruh Teruk Dihentam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


