“Tudung bentuk L ni dah copyright”- Pempengaruh dikritik, bakal ambil tindakan jika ‘diciplak’

28 Feb 2024 • 6:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dikritik warganet gara-gara dia bakal mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang bertindak mengguna pakai tudung jenis squareshawl printed bentuk L.

Tudung dah ada ‘copyright’

Menerusi video tular di platform X, pempengaruh tersebut berkata dia sudah mendaftar hak cipta (copyright) terhadap squareshawl printed berbentuk L.

Maklumnya, orang ramai atau mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk menciplak dan memasarkan tudung berbentuk L tersebut kerana sudah dibawah hak cipta terpelihara miliknya

“Akhirnya, tudung kita ini dah ada copyright tahu. Okey, bentuk L ini kita dah copyright,”katanya.

image is not available

Bakal kenakan tindakan jika jual

Tegas pempengaruh tersebut, dia tidak akan teragak-agak meminta peguam dilantiknya untuk mengambil sebarang tindakan jika terdapat pihak menjual tudung berkenaan.

“Sesiapa yang menjual squareshawl printed bentuk L, saya boleh ambil tindakanlah.
“Peguam saya akan hubungi kamu untuk hentikan jualan tersebut,”katanya.

image is not available

Dalam video tersebut juga pempengaruh itu menunjukkan cara menggayakan tudung squareshawl (hak cipta berdaftar) printed miliknya.

Pempengaruh dikritik, tiada hak nak ‘copyright’ bentuk L

Meskipun video asal sudah diturunkan di platform TikTok, pempengaruh wanita itu tetap dikritik warganet terutama kefahaman makna ‘copyright’ sebenar.

Warganet mendakwa pempengaruh itu tidak mempunyai hak untuk ‘copyright’ tudung bentuk L tersebut kerana ia sudah lama berada di pasaran.

“Dia (pempengaruh) dah padam video ke? Bagi saya, sumpah dia sangat pentingkan diri sampai copyright bentuk L bawal, seolah-olah idea tersebut datang daripada kamu,”ciap pengguna platform X.

image is not available

image is not available

image is not availableimage is not available

Perlu banyak kaji sebelum berniaga

image is not available

Banyak je dah jual sebelum dia

image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Sumber: X jendeukieryn