MacBook Air M2 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Julai Ini

TechnologyDigital
27 Jun 2022 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada minggu lepas, Apple telah mengumumkan bahawa mereka telah mula menjual komputer riba MacBook Pro 13 mereka yang dikemaskini dengan cip pemprosesan Apple M2 yang terbaru.

image is not available

Kini, mereka telah mengesahkan melalui laman web mereka bahawa MacBook Air M2 juga akan mula dijual di pasaran tempatan secara rasmi bermula bulan Julai ini. Dua model MacBook Air M2 akan dijual, dengan model asas dengan memori 8GB dan storan 256GB dan juga model kedua dengan jumlah memori yang sama dan storan 512GB.

image is not available

Model dengan storan lebih kecil tersebut akan dijual pada harga RM5499, manakala model dengan storan lebih besar akan dijual pada harga RM6699. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer riba ini, anda boleh ke laman web Apple Malaysia.