MacBook Dengan Cip M3 Mungkin Tidak Dilancarkan Tahun Ini

TechnologyDigital
9 Sep 2023 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple akan mengemaskini penawaran MacBook mereka pada penghujung tahun. Tetapi menurut laporan terkini penganalisa terkini Ming-Chi Kuo, Apple tidak lagi mempunyai perancangan melancarkan MacBook baharu dengan cip Apple M3 tahun ini.

image is not available

Berita ini pasti mengecewakan mereka yang merancang untuk membeli MacBook Air dan MacBook Pro 13″ dengan Cip M3. Tiada sebab diberikan oleh Kuo mengapa MacBook baharu tidak dilancarkan tetapi wujud spekulasi adalah kerana TSMC tidak mampu memenuhi keperluan penghasilan cip 3nm yang diperlukan. Teknologi yang sama turut digunakan untuk cip Apple A17 Bionic pada siri iPhone 15 Pro tahun ini.

Sungguhpun begitu ciapan Kuo tidak pula menyatakan sama ada iMac baharu dengan M3 turut dibatalkan. Mungkin kerana kekurangan kapasiti, hanya iMac M3 sahaja akan dilancarkan pada Oktober depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved