
Samsung Galaxy S26 Ultra diacah akan mempunyai ciri baharu Privacy Display yang boleh menghalang bahagian tertentu skrin dipandang orang sekeliling. Pemilik boleh memilih menghalang hanya notifikasi, aplikasi tertentu atau keseluruhan skrin daripada diintai orang yang tidak sepatutnya. Galaxy S26 Ultra belum lagi dilancarkan tetapi menurut Ice Universe, ciri ini akan dipinjam oleh Apple.

Ia tidak digunakan pada iPhone tetapi sebaliknya pada MacBook baharu yang akan menggunakan panel OLED buat pertama kali. Seperti Privacy Display, ciri ini akan mengelakkan skrin dipandang selain oleh pemilik. Samsung ialah pembekal panel OLED terbesar kepada Apple maka mereka memilih untuk menggunakan teknologi sama tidaklah mengejutkan.
Sungguhpun begitu ciri ini hanya akan tiba ke MacBook bermula 2029. Besar kemungkinan kerana Samsung ingin menggunakan teknologi Samung Display ini secara eksklusif untuk beberapa tahun.
