Antaramuka Samsung Galaxy Fold Dengan Skrin Lebih Lebar Tertiris

TechnologyDigital
16 Feb 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung dilaporkan akan melancarkan Galaxy Fold dengan skrin lebih lebar sebagai pesaing kepada iPhone lipat yang belum lagi dilancarkan. Nisbah skrin lebih lebar ini telahpun dipelopori oleh Huawei Pura X terlebih dahulu dengan peranti hanya dilancarkan di China.

image is not available

Terkini animasi untuk antaramuka Galaxy Fold lebih lebar ini telahpun tertiris menerusi laman Android Authoprity. Ia mengesahkan skrin luar lebih lebar dan pendek sementara skrin lipat apabila dibuka kelihatan seperti nisbah skrin 4:3. Animasi untuk peranti ini tertiris menerusi kod One UI 9 yang sedang diuji oleh Samsung.

image is not available
Huawei Pura X

Sebagai pengguna tegar peranti skrin lipat, saya boleh katakan masalah utama saya ialah skrin luar yang terlalu sempit menyukarkan proses menaip. Siri Find N dan Pixel Fold sudah berjaya menyelesaikan isu ini dengan cemerlang. Nisbah skrin peranti Samsung yang lebih lebar ini hanya membuatkan bahagian atas skrin terpotong membuatkan pengalaman melayari web, aplikasi media sosial dan menonton video menjadi aneh.

Pura X yang terlebih dahulu dilancarkan di China kurang mendapat sambutan mungkin atas sebab yang sama kerana nisbah skrin luar yang tidak praktikal. Siapakah sasaran Samsung untuk peranti baharu ini adalah misteri kerana ia lebih seperti ingin melancarkan peranti skrin lipat dengan skrin luar lebar ke pasaran global lebih awal daripada Apple tanpa mengira permintaan pengguna sedia ada.