Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil ‘selamatkan’ Rafizi

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil ‘selamatkan’ Rafizi

PUTRAJAYA- Ahli perniagaan, Victor Chin disifatkan menjadi satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas didakwa banyak pihak sebagai individu utama yang dikaitkan dalam isu mafia korporat.

Pengerusi Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Mazween Mokhtar berkata, susulan itu, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada Rafizi.

“Sudah enam bulan Rafizi menghasut rakyat, tetapi beliau masih gagal menyerahkan bukti kerana bukti tersebut ada pada Victor Chin yang tidak diketahui di mana keberadaan beliau,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim meminta Victor Chin tampil segera bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan isu mafia korporat agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua pihak.

Jais dilaporkan berkata, pihaknya mengambil serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung komitmen kerajaan untuk mendedahkan laporan siasatan berkaitan dakwaan kewujudan kumpulan digelar sebagai mafia korporat dalam masa tiga bulan.

Sebelum ini, sebanyak RM37.53 bilion dana dirampas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan siasatan kes jenayah mafia korporat.

Mengulas lanjut, Mazween berkata, Victor Chin tidak lagi boleh bersembunyi kerana dalam masa tiga bulan nama beliau akan terdedah dengan pelbagai hubung kaitnya dalam isu mafia korporat tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil ‘selamatkan’ Rafizi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved