Rampasan aset RM409 juta mafia korporat bukti ketegasan kerajaan

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rampasan aset RM409 juta mafia korporat bukti ketegasan kerajaan

PUTRAJAYA- Tindakan merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ disifatkan memberi terjemahan kepada ketegasan kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias berkata, pada masa sama, kejayaan tersebut juga membolehkan pemimpin parti politik seperti Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengkritik isu tersebut.

“Dalam konteks ini, beliau juga perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan tegas menyelesaikan isu tersebut daripada hanya bercakap di luar selain menjadikan isu itu sebagai modal politik,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pihak polis telah merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ melibatkan penyalahgunaan kuasa menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga di bawah pasaran.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, jelas Saifuddin, 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta dan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta dibeku atau disita sebagai sebahagian siasatan.

Polis turut membekukan atau menyita lapan hartanah, 11 kenderaan, dan 417 akaun sistem depositori pusat (CDS).

Mengulas lanjut, Amira berkata, pihaknya tidak akan menghiraukan apa jua isu baharu yang akan dibawa selepas ini kerana ia tidak lebih daripada modal politik untuk meracun pemikiran rakyat.

“Adalah lebih baik untuk AMK menumpukan kepada menjelaskan kepada rakyat mengenai prestasi kerajaan Madani sepanjang lebih empat tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Rampasan aset RM409 juta mafia korporat bukti ketegasan kerajaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved