Maggi Matcha Belum Habis Viral, Kini Nasi Goreng Matcha Pula Raih Perhatian Netizen – “Rasa Dedak Ke Ni”

7 May 2025 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform Instagram satu video yang memaparkan resepi pelik yang menarik perhatian ramai iaitu ‘Nasi Goreng Matcha’.

Dari warna hijau pekat sampai ke bau yang ‘earthy’, hidangan ni terus viral selepas tular satu video pendek yang menunjukkan seorang individu menggoreng nasi bersama serbuk matcha berserta telur mata dan tabur bijan seperti nasi goreng biasa.

Ramai tak boleh ‘brain’ nasi goreng tapi bau teh hijau

Kebanyakkan netizen yang melihat video tersebut rata-ratanya tidak mendapat terima resepi yang dicipta oleh seorang cef itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kuali (@kualionlineofficial)

Warganet merasakan nasi goreng serta serbuk teh hijau tidak sepatutnya dicampurkan kerana sememangnya akan menjadi satu hidangan yang pelik.

Namun begitu, ada juga netizen yang berani mahu mencuba dan merasakan ia akan menjadi lebih sedap jika dimakan bersama ayam goreng.

Makanan trend vs selera tempatan

Kalau ikut logik trend, selalunya kombinasi pelik pelik ni selalu viral dan buat ramai orang nak cuba, walaupun sekali saja.

Tapi bila makanan ruji rakyat Malaysia macam nasi goreng ‘disentuh’, reaksi lebih keras sebab ramai merasakan juadah ‘comfort food’ tidak sepatutnya diolah menjadi juadah pelik.

image is not available 2 weeks ago

Sejak Coklat Dubai Jadi Rebutan Seluruh Dunia, Harga Pistachio Meningkat Secara Mendadak - "Bekalan Sangat Terhad"