Maghribi pasukan pertama ke suku akhir

FootballSports
5 Jul 2026 • 6:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Maghribi pasukan pertama ke suku akhir
Azzedine Ounahi muncul wira Maghribi apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Kanada. Foto: Agensi

MAGHRIBI muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Kanada 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik.

Azzedine Ounahi muncul wira apabila meledak dua gol pada babak kedua, sebelum Abderrazak Hamdallah Rahimi melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

Namun, kemenangan bergaya itu sedikit dicemari apabila penyerang Maghribi, Ismael Saibari yang juga penjaring terbanyak pasukan pada kejohanan ini, terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.

Kanada pula menamatkan kempen Piala Dunia dengan kenangan manis apabila mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan mereka menerusi kemenangan besar ke atas Qatar pada peringkat kumpulan, sebelum menewaskan Afrika Selatan dalam pusingan 32 terbaik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved