
Kementerian Luar Maghribi akan mengenakan sekatan kemasukan pelancong dari China berkuatkuasa 3 Januari ini. Langkah itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 dan kelonggaran mengembara yang dibuat oleh China.

Memetik laporan Astro Awani, pihak berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang dan menyekat akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Langkah itu dibuat bagi membendung penularan dan peningkatan kes Covid-19 di negara Maghribi.
Manakala di Kanada pula, langkah berjaga-jaga turut diambil kerana pihak kerajaan negara itu mengumumkan bahawa penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macau perlu menyerahkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif sebelum menaiki penerbangan untuk ke Kanada.

Harap kat Malaysia pun akan buat langkah yang sama, sebab takut jugak kalau kes COVID-19 naik balik dan kita terpaksa PKP lagi macam dulu.
Baca: Ambil Sampel Air Kumbahan Dari Pesawat, KKM Dedah 4 Strategi Hadapi Gelombang Covid-19 Dari China
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



