Magnum Strawberry Panna, Ciptaan Mewah Yang Memaniskan Kehidupan

17 May 2025 • 4:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Peneraju aiskrim terkemuka, Magnum tidak pernah mengecewakan peminatnya setiap kali hadir dengan ciptaan terbaharu. 

Kali ini, mereka hadir dengan perisa Magnum Strawberry Panna, satu ciptaan mewah yang menonjolkan semangat Strawberry Bliss.

image is not available

Dengan kekal setia kepada kenikmatan sejati, Magnum Strawberry Panna menyatukan kemanisan strawberi dengan tekstur lembut panna cotta dalam setiap gigitan yang memanjakan. 

Magnum Strawberry Panna menawarkan pengalaman perisa yang dirumus khas bagi mereka yang ingin mengejar momen manis dalam kehidupan. 

Bayangkan, aiskrim Strawberry Panna dengan tekstur marmar yang menarik, disaluti potongan buah strawberi sebenar serta lapisan coklat susu Belgium Magnum yang tebal dan rangup. 

Ciptaan manis ini menyerlahkan semangat kenikmatan dalam setiap gigitan. Ia menyatukan tekstur halus dengan rasa lemak berkrim bagi mencipta satu pengalaman yang benar-benar membahagiakan. 

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Aiskrim, Unilever Malaysia & Singapura, Maggie Tay, Magnum Strawberry Panna bukanlah sekadar aiskrim, tetapi ia adalah momen kenikmatan yang boleh mencipta bahagia.

“Kami ingin mencipta sesuatu yang seindah rupa dan seindah rasanya. Magnum Strawberry Panna mencerminkan kepercayaan kami bahawa kenikmatan seharusnya dialami dengan penuh niat, keanggunan, dan sentiasa berpegang kepada falsafah True to Pleasure,” katanya.

Sesi Minum Petang Yang Penuh Kenikmatan 

Bagi meraikan pelancaran sensasi baharu ini, baru-baru ini Magnum telah menganjurkan satu majlis eksklusif di Glasshouse at Seputeh, yang telah ditransformasikan dari oasis hijau kepada dunia Strawberry Bliss yang mempesona. 

Hiasan bunga yang indah, rona merah jambu lembut dan sentuhan keemasan menampilkan satu pengalaman sensori yang menggambarkan segala bentuk kenikmatan. 

Tetamu dipersembahkan dengan hidangan pemanis mulut yang sukar ditolak, hasil karya cef Nathalie’s Gourmet Studio. 

image is not available

Selain itu, tetamu juga berpeluang mengikuti bengkel DIY coklat bon bon, permainan mesin cakar nostalgia, stesen The Sweet Catch, stesen melukis potret serta lakonan pendek dan tarian yang menghiburkan. 

Tidak ketinggalan, stesen Make My Magnum yang ikonik, di mana tetamu berpeluang memperibadikan Magnum Strawberry Panna mereka dengan pelbagai pilihan topping – menjadikan petang tersebut satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana rasa dan seni menyatu dalam harmoni sempurna. 

Setiap pengalaman direka khas bagi mencetuskan kreativiti dan semangat kenikmatan. Ia mengajak tetamu untuk mencipta manisan mereka sendiri, cenderahati peribadi serta mengabadikan semua momen gembira melalui potret khas. 

image is not available

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti seperti Aedy Ashraf dan Aisha Retno.

Magnum Strawberry Panna boleh didapati di seluruh negara melalui pasar mini utama, kedai serbaneka, kedai stesen minyak, pasar raya dan juga di platform e-dagang. - Getaran, 17 Mei 2025