
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Hari ini (21 Ogos) sekumpulan mahasiswa dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum menggesa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk berundur.
Ia ekoran beberapa siri insiden buli, penderaan dan keganasan yang berlaku di sekolah termasuk institut pendidikan yang didakwa gagal ditangani secara sistemik oleh kementerian berkenaan.
Jelas Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohammad Azamuddin Sahar antara kes yang menimbulkan kemarahan orang ramai antaranya:
- Kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu
- Insiden pelajar alami gegaran otak kerana dipukul
- Kes murid dipaksa berbogel.
- Kes pelatih Palapes, Syamsul Haris yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan.
Memorandum tuntut 5 perkara
Memetik Malaysia Gazette, laporan statistik KPM ,enyebut terdapat lebih dari 5,000 kes buli dilaporkan setiap tahun sejak 2023 sekaligus mencatatkan peningkatan yang merisaukan.
Oleh itu, memorandum diserahkan menuntut sebanyak lima perkara utama iaitu:
- Mahukan sokongan psikososial sekolah dengan menambah bilangan kaunselor
- Pembukaan talian hotline 24 jam
- Kerjasama strategik dengan NGO psikologi
“Perkara lain yang turut dituntut iaitu latihan trauma-informed untuk guru dan warden bagi memastikan mereka bersedia menangani kes buli dengan pendekatan berkesan dan empati.
“Membuat modul pendidikan ibu bapa iaitu mengiktiraf peranan keluarga dalam pencegahan buli serta membudayakan keibubapaan sihat.
“Melaksanakan pemantauan bebas sekolah seperti melaksanakan penubuhan panel pemantau luar dan pendedahkan data kes buli secara telus kepada umum serta membuat pelan nasional anti buli, satu pelan tindakan komprehensif yang merangkumi sasaran garis masa termasuk laporan berkala sebagai sebahagian daripada agenda kesejahteraan pelajar,” jelasnya.
Turut tuntut beberapa perkara lain dalam memorandum yang diserahkan
Selain itu, memorandum berkenaan turut menuntut beberapa lagi keperluan lain seperti:
- Memasang CCTV di sekolah
- Ubah SOP kes buli lebih jelas
- Kukurikulum sivik lebih menyeluruh dan libat urus bersepadu antara komuniti, NGO dan pihak sekolah
Tempoh 30 hari turut diberikan kepada pihak KPM untuk memberikan maklum balas serta jaminan pelaksanaan kepada tuntutan berkenaan.
“Nyawa anak-anak bukan eksperimen dasar,” ujarnya sambil turut menyifatkan kegagalan berterusan pihak KPM sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada amanah rakyat dan keselamatan generasi muda.
“Sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan himpunan rakyat dalam skala lebih besar sebagai tekanan kepada pihak kerajaan.”
Source:


![“Palang Pun Tahu Marah” – Ramai Puas Hati Rider Terhantuk Palang Lepas Guna Lorong Lori Di Plaza Tol [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
