
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui kebanyakan lebuh raya di Malaysia mempunyai plaza tol yang berfungsi sebagai ‘pintu masuk dan keluar’ khusus buat pengguna yang menggunakan kemudahan itu.
Kebiasaannya, setiap pengguna mempunyai lorong masing-masing yang dikhaskan mengikut jenis kenderaan itu sendiri.
Buat penunggang motosikal, kebanyakan lebuh raya menyediakan lorong yang berbeza berbanding kenderaan roda empat selain tidak dikenakan caj seperti kenderaan lain.
Namun entah mengapa, ada segelintir rider yang dilihat selamba menggunakan lorong kenderaan lain dan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan sekaligus menyusahkan orang ramai.
Penunggang Motosikal Guna Lorong Kenderaan Berat Di Plaza Tol, Siap Tunggu Giliran
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lorong kenderaan berat di sebuah plaza tol.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di TikTok @shahirazmi02, kelihatan kenderaan pemilik dashcam tersebut sedang menunggu giliran sementara lori treler di hadapannya membuat bayaran.
Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat seorang penunggang motosikal yang turut sama menunggu di bahagian kiri belakang lori berkenaan.
Malah, bukan hanya dia seorang. Rupanya terdapat seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi turut sama menunggu.
Namun, kedudukannya pula dilihat berada pada titik buta (blind spot) pemilik dashcam tersebut.
Rider Bagi Isyarat Tangan Kepada Pemandu Lori, Terus Langgar Palang Hingga Rosak
Sebaik sahaja lori treler di hadapan mereka bergerak, kedua-dua penunggang motosikal itu turut sama menggerakkan kenderaannya.
Namun, kedudukan rider motosikal berkuasa tinggi pada kawasan blind spot menyukarkan penglihatan pemandu lori berkenaan hingga dia dilihat begitu hampir dengan kenderaan tersebut.
Sedar dengan situasi itu, rider berkenaan dilihat mengangkat tangan seolah-olah sedang memberi isyarat kepada pemandu lori terbabit sebelum meneruskan perjalanannya.
Namun, dalam cubaannya melepasi tol, palang berkenaan turun sehingga terkena kepalanya menyebabkan ia menjadi senget sebelum dibetulkan semula oleh pengawal keselamatan yang berada di situ.
Kongsi pemilik dashcam tersebut, dia sememangnya risau sekiranya penunggang motosikal terbabit terjatuh di lorong tersebut dan terkena kenderaannya tersebut.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada semalam (20 Ogos) kira-kira jam 10.21 pagi.
Walau bagaimanapun, tiada info berhubung lokasi kejadian dinyatakan dalam perkongsian tersebut.
lorong moto ada xmaw guna,menyusahkan org betoi larh..kan dah kena ketok kepala ngan palang🤣🤣🤣..#abgkontenautara🚛 #rezekijalanan #budakperlis💛💙
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Geram & Persoal Penunggang Motosikal Guna Laluan Tol
Perkongsian yang telah mendapat lebih 29,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform Threads nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram dan mengecam tindakan rider berkenaan yang membahayakan diri menggunakan laluan kenderaan berat.
Malah, ada yang mempersoal sebab di sebalik tindakannya itu yang boleh mengancam nyawa sendiri.
Ada juga yang berpuas hati melihat ‘balasan’ segera apabila palang plaza tol tersebut mengenai rider berkenaan.
Namun, ada pengguna yang berpendapat rata-rata penunggang motosikal enggan menggunakan laluan motor kerana kerap diadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) atau lebih merisaukan menjadi spot penyamun membuat kerja.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Dah La Susahkan Orang, Marah Kita Pula Dah Tahu Dia Salah, Tak Pasal Dapat Malu”

“Dekat Tol Tanjung Kupang Pun Bersepah Rider Ikut Tol”

“Palang Tol Pun Paham Perasaan Abang lori”

“Tolong La Penunggang Motor, Tak Boleh Ke Ikut Laluan Yang Diberikan”

“Motor Besar Tapi Otak Kecil”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Penunggang Motosikal Langgar Palang & Jatuh Tergolek Lepas Guna Lorong Tol Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Sekumpulan Rider Dipercayai Rempuh Palang Tol Hingga Patah Bikin Netizen ‘Panas Hati’ [Video]
Source:




![Pengguna Jalan Raya Berganding Bahu, Bantu Wanita Bersalin Di Bahu Jalan Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)