Mahdzir selesai buang undi di SK Naka

Politics
12 Aug 2023 • 10:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mahdzir bersama isteri menunjukkan jari yang dicelup dakwat sebagai bukti sudah melaksanakan kewajipan mengundi.

PADANG TERAP - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka pada pagi Sabtu.

Beliau yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu tiba pada jam 9.25 pagi bersama isteri, Datin Seri Noraini Abdullah.

Mahdzir sempat beramah mesra dengan pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka di DUN itu.

"Selama 14 hari tempoh berkempen ini semua jentera parti berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

"Kita juga telah bekerja siang dan malam dengan bersungguh-sungguh untuk memberi keyakinan kepada pengundi bahawa PH-BN adalah sebuah gabungan yang boleh membantu rakyat Kedah," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Menurut Mahdzir, beliau juga berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan di SK Naka.

"Alhamdulillah cuaca juga baik hari ini, jadi saya harap para pengundi dapat keluar membuang undi di tempat yang telah ditetapkan," katanya.

Mahdzir sebelum ini pernah memenangi DUN Pedu pada tahun 2004 dan 2008.

Pada PRN kali ini, Mahdzir bertanding satu lawan satu dengan Mohd Radzi Md Amin, dari Perikatan Nasional (PN).

Seramai 28,586 pengundi akan mengundi di DUN Pedu melalui 51 saluran, manakala DUN Kuala Nerang 31,287 di 60 saluran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved