Mahkamah Syariah Akhirnya Luluskan Tuntutan Fasakh Wanita Koma Akibat Dipukul Suami

Entertainment
15 Mar 2023 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Heboh isu seorang wanita yang koma akibat dipukul suaminya sejak beberapa bulan lepas, akhirnya bertemu kata putus.

Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan akhirnya meluluskan tuntutan fasakh Jahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.

Menurut laporan Buletin TV3, tuntutan fasakh oleh Jahidah terhadap suaminya Rosmaini Abd Raof, telah difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin.

image is not available

Fauziah bersyukur kerana tuntutan fasakh yang dibuat untuk kakaknya pada 1 Februari lepas itu berjalan dengan mudah dan tidak perlu menunggu lama.

“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.

Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya.

Adiknya itu kini lega kerana dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Selain itu, dia berharap agar lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan perilakunya itu menyebabkan kehidupan kakak serta keluarganya berubah dengan begitu drastik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.