Mahkamah tangguh prosiding kes Felda-FIC, Synergy Promenade

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 5:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mahkamah tangguh prosiding kes Felda-FIC, Synergy Promenade

KUALA LUMPUR – Prosiding perbicaraan kes antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) dengan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) ditangguhkan ke pagi esok.

Keputusan tersebut dibuat selepas timbul persoalan berhubung kedudukan dua individu daripada pihak plaintif yang didakwa telah meninggal dunia.

Dua individu berkenaan ialah bekas Ketua Pengarah Felda, Datuk Ab. Ghani Mohd. Ali dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Dr. Omar Salim.

Persoalan itu dibangkitkan pihak peguam berhubung sama ada terdapat wakil yang boleh mewakili kepentingan kedua-dua individu berkenaan dalam prosiding terbabit.

Hakim Datuk Dr. Arik Sanusi Yeop Johari kemudian mengarahkan pihak peguam berkaitan menyediakan penjelasan untuk prosiding esok, termasuk sama ada terdapat wakil yang sah atau kedudukan kedua-dua individu itu perlu digugurkan.

SPSB diwakili peguam Rajesh Kumar Sharma dan Amrit Pal Singh.

SPSB sebelum ini dilantik FIC sebagai pemaju utama projek berkenaan menerusi perjanjian yang dimeterai pada 2 Jun 2014.

Menerusi perjanjian itu, SPSB diberikan hak untuk membangunkan projek pembangunan bercampur membabitkan 24 bidang tanah milik Felda berkeluasan keseluruhan 20.66 ekar di Jalan Semarak.-KOSMO! ONLINE

The post Mahkamah tangguh prosiding kes Felda-FIC, Synergy Promenade appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved