Mahkamah tetap 7 Dis dengar semakan kehakiman PN terhadap perintah penggantungan RoS 

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 8:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mahkamah tetap 7 Dis dengar semakan kehakiman PN terhadap perintah penggantungan RoS 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Dis depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh Perikatan Nasional (PN) bagi mencabar perintah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung aktiviti gabungan itu. 

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, ketika mengesahkan perkara itu berkata tarikh itu ditetapkan menerusi prosiding e-Semakan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

“Pendengaran itu dijadualkan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Azizan Md Arshad pada 2.30 petang,” katanya yang dihubungi.

RoS sebelum ini mengeluarkan perintah menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 Sept lepas di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966, susulan notis yang dikeluarkan kepada gabungan itu pada 22 Sept.

Pada 13 Okt, Hakim Azizan menolak permohonan PN untuk mendapatkan penangguhan sementara terhadap notis RoS yang menggantung semua kegiatan gabungan politik itu, namun memberi kebenaran kepada gabungan politik itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Pada 5 Okt, PN dan empat parti komponennya memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Pemohon pertama ialah Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Wong Chia Zhen dan Setiausaha Agung Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) N. Sathes Kumar.

Pemohon keempat dan kelima ialah Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Datuk Sazmi Miah.

Pihak responden ialah Ketua Pengarah RoS Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pihak pemohon mendakwa perintah penggantungan itu telah menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti politik seperti biasa, termasuk menggunakan nama dan lambang gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved