Perkembangan saman fitnah Tun M dan Anwar akan dimaklum pada 4 Disember

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 6:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkembangan saman fitnah Tun M dan Anwar akan dimaklum pada 4 Disember

SHAH ALAM – Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara pertimbangan hala tuju dalam menentukan saman fitnah RM150 juta yang difailkannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali Ketika dihubungi media di sini hari ini.

Menurutnya, perkembangan terbaharu saman itu akan dimaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes pada 4 Disember ini.

“Kita semua sedia maklum mengenai keadaan Dr Mahathir, yang mana saya telah memohon kepada mahkamah untuk memberinya masa dan ruang bagi menentukan langkah seterusnya. Kami akan kembali ke mahkamah pada 4 Disember untuk pengurusan kes bagi memaklumkan mahkamah mengenai langkah beliau yang seterusnya,” kata peguam itu.

Tambah peguam itu, pengurusan kes itu akan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin yang mengendalikan perbicaraan berkenaan.

Pada masa sama, Muhammad Rafique turut mempertimbangkan permohonan supaya prosiding dijalankan secara dalam talian, dengan skop pemeriksaan balas yang terhad.

Perbicaraan saman itu ditangguhkan pada Januari lalu selepas Dr. Mahathir terjatuh.

Dr, Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal pada 3 Mei 2023.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Menurut beliau, ia termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.

Sementara Anwar dalam penyataan pembelaan mendakwa saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

The post Perkembangan saman fitnah Tun M dan Anwar akan dimaklum pada 4 Disember appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved