Mahkamah Tinggi Perintah Kubur Pelatih Palapes UTM Digali Semula

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mahkamah Tinggi Perintah Kubur Pelatih Palapes UTM Digali Semula

SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor digali semula.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.

Semasa membaca keputusan berkenaan, Bhupindar Singh berkata responden pertama iaitu Ketua Polis Negara atau pegawainya akan menyelia proses penggalian semula jasad anak sulung Ummu Haiman Bee itu bagi menjalankan bedah siasat kedua.

“Responden pertama boleh mendapatkan bantuan mana-mana pihak lain yang berkenaan jika difikirkan perlu,” katanya dalam prosiding keputusan kepada permohonan gali semula kubur pelatih Palapes UTM iitu hari ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved