Mahu Bantu Golongan Pelajar, Malaysia Pertimbang Nak ‘Import’ Guru Bahasa Inggeris Dari Singapura

Entertainment
14 Jun 2024 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ketiga paling popular dengan sejumlah 1.35 bilion penutur di seluruh dunia.

Di Malaysia, bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa kedua dengan hampir kesemua masyarakat menggunakannya dalam urusan seharian secara langsung atau tidak langsung.

Terbaharu, kerajaan Malaysia menyuarakan permintaan kepada Singapura untuk menghantar tenaga pengajar khususnya dalam bidang pembelajaran bahasa Inggeris bagi membantu golongan pelajar di negara ini.

Memetik laporan Kosmo!, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permintaan tersebut bersifat ‘kecil’ tetapi ia sangat penting kepada pembangunan institusi pendidikan di negara.

image is not available

Menurut Anwar, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong turut menyambut baik permohonan itu yang dilihat bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan beberapa subjek lain kepada pelajar di negara ini.

Katanya, kumpulan tenaga pengajar boleh dipilih dalam kalangan graduan muda untuk dihantar mengajar ke beberapa daerah di negara ini bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek lain.

“Saya amat berbesar hati kerana Lawrence bersedia untuk bersetuju dengan perkara ini secara positif. Ini bukan sesuatu yang kami sediakan melalui pegawai,” jelas beliau.

Apa pandangan korang mengenai cadangan ini?

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.