
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijadualkan pada esok hari, 25 Jun ditukarkan ke lokasi baharu iaitu di Dewan Sri Pinang, di Madrasatul Hajjah Zubaidah, Petaling Jaya.
Perkara ini dimaklumkan oleh pasukan komunikasi Syed Saddiq menerusi satu poster di akaun Instagram.
“Pengumuman penting. Penukaran lokasi majlis doa selamat Syed Saddiq. Majlis doa selamat akan berpindah ke lokasi baru seperti di bawah (Dewan Sri Pinang, di Madrasatul Hajjah Zubaidahz) yang juga berada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya,” kata pihaknya menerusi ruangan kapsyen.
Majlis Bermula Jam 7 Petang
Etika berpakaian ditetapkan adalah sopan dan menutup aurat. Majlis pula akan bermula tepat jam 7 petang dan diteruskan dengan:
- Solat maghrib
- Doa selamat
- Solat isyak
- Solat hajat
- Jamuan makan
Menurut poster berkenaan, tetamu bukan Muslim boleh hadir bermula jam 8.30 malam di ruangan dewan.
View this post on Instagram
Terdahulu, pihak pengurusan kepada selebriti dan penyanyi Bella Astillah yang juga tunang Syed Saddiq tidak mendapat kelulusan untuk menganjurkan majlis solat hajat dan doa selamat di lokasi awal yang dicadangkan iaitu di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.
Wakil pengurusan masjid tersebut menegaskan keputusan itu diambil selaras dengan prinsip mahu kekal bebas daripada sebarang agenda politik.
Namun menurut wakil terbabit, pihak masjid telah pun memaklumkan mengenai ketidaklulusan penganjuran majlis tersebut kepada pihak pengurusan penyayi dan pelakon, Bella Astillah.
Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]


![Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Elak-Agenda-Politik-Masjid-Tak-Luluskan-Majlis-Solat-Hajat-Doa-Selamat-Syed-Saddiq-1-800x467.jpg?t=1782307697)



