Mahu Elak Perbalahan Berpanjangan, RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Dari Program

5 Jun 2024 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman baru-baru ini mendedahkan pihaknya ‘merehatkan’ pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal daripada mengendali program Salam Baitullah yang bersiaran di RTM.

Perkara tersebut susulan kontroversi melibatkan pendakwah tersebut baru-baru ini dan langkah tersebut diambil bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Tambah Suhaimi lagi, pihaknya tidak mahu kontroversi melibatkan Ustaz Don mengganggu penyiaran program berkenaan sepanjang musim haji tahun ini.

image is not available

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat bagi meredakan keadaan, memandangkan pelbagai pendapat dan perbahasan berlaku di ruang maya.

image is not available

Terdahulu, Ustaz Don menjadi sebutan ramai ekoran perkongsian kisah percintaan Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan cerita dan hadis palsu selain telah mencetus kemarahan orang ramai yang kemudian menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pendakwah bebas berkenaan.

Untuk pengetahuan, Ustaz Don merupakan salah seorang daripada pengacara program Salam Baitullah digandingkan bersama Fakrul Razi daripada kumpulan UNIC dan akan bersiaran setiap kali musim haji.

Sumber : X | mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.