Mahukan Keadilan Buat Adik Zara Qairina, Ribuan Peserta Sertai Himpunan Solidariti Di Sabah

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 8:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes menyayat hati melibatkan arwah Zara Qairina, seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah yang dipercayai terjatuh daripada tingkat tiga asrama sekolah berkenaan, himpunan solidariti buat mangsa telah diadakan di beberapa lokasi di negeri tersebut pada malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, antara lokasi perhimpuna solidariti buat adik Zara Qairina itu adalah di Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.

Perhimpunan itu telah menyaksikan ribuan orang membanjiri lokasi-lokasi tersebut untuk sama-sama menuntut keadilan atas kematian arwah yang dipercayai mempunyai unsur-unsur jenayah dan buli.

image is not available

Difahamkan, laungan slogan tuntut keadilan telah dilaungkan oleh peserta-peserta perhimpunan berkenaan.

@dantes273_

Semoga Keadilan untuk adik zara #justiceforzara @Dantes273_

♬ bunyi asal – darat254 – darat254

Selain itu, mereka turut menyatakan hasrat mahu tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu yang terlibat dalam kejadian kematian mangsa yang berusia 13 tahun.

Menurut penganjur, objektif perhimpunan berkenaan adalah kerana mahu menyeru orang ramai untuk terus menyuarakan keadilan buat Zara Qairina. Perhimpunan tersebut difahamkan dibuat secara aman dan malam tadi, vide0-video berkenaan perhimpunan solidariti tersebut telah mendapat perhatian warganet di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.