
Satu ciapan di aplikasi X tular sejak semalam, ciapan itu merupakan gambar serta video yang memaparkan sebuah kereta mewah berjenama Audi terbakar di sebuah taman perumahan.
Menurut ciapan tersebut, ianya dikatakan berpunca daripada beberapa orang kanak-kanak yang bermain mercun sehingga terkena kereta tersebut.
Artikel berkaitan: Individu Main Mercun Sampai Pukul 5 Pagi, Polis Terpaksa Turun Padang
Artikel berkaitan: Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long
Kete Audi terbakar sebab anak jiran dia main bunga api sebelah taman aku. Lagi 2 hari je wei nak raya pic.twitter.com/KT2ZvCyIJG
— aswadi (@aswadi_didi) April 7, 2024
Perkongsian pengguna X @aswadi_didi itu mengatakan kawasan kejiranan itu terdengar bunyi letupan sebelum kenderaan tersebut dilihat terbakar, difahamkan ada pihak yang mengatakan bunyi letupan itu kerana mercun terkena kereta tersebut.
Bagaimanapun, terdapat seorang lagi pengguna X yang membalas ciapan tersebut dan menafikan ianya berpunca daripada mercun.
“Lorong rumah aku ni bang, punca tak ada conclusion lagi bang. Aku dah tengok video full CCTV 30 minit sebelum terbakar. Takde budak main bunga api pon,” balasnya.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan penuh daripada mana-mana pihak berkenaan kemalangan tersebut.
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



