MAJDOMO Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Jam Tangan MODA – Harga RM598

Digital
12 Aug 2025 • 7:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenama global MAJDOMO kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran jam tangan pintar asas MODA yang ditawarkan pada harga RM598. Ia bagaimanapun boleh dimiliki dengan harga promosi RM299 untuk masa terhad.

image is not available

MODA menampilkan skrin bulat AMOLED 1.32″ dengan resolusi 466 × 466 piksel serta butang fizikal untuk kawalan lebih mudah. Ia dilengkapi pelbagai ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan seperti kadar degupan jantung, SpO2, pola tidur, ECG dan tekanan harian.

Ia juga menyokong pemantauan kitaran haid termasuk waktu menstruasi, tempoh subur, masa selamat dan masa sesuai untuk hamil sekaligus menjadikannya lebih mesra pengguna wanita.

Jam tangan ini menyokong lebih 170 jenis aktiviti sukan dengan keupayaan merekod data seperti detik jantung, jarak, durasi, kalori terbakar dan jumlah langkah. Ia juga kalis air dengan penarafan 5ATM/IP68, sesuai untuk digunakan ketika berenang. Untuk sokongan lokasi, MODA menyertakan GPS, GLONASS, BeiDou, NAVIC dan QZSS.

Tambatan pantas boleh dibuat melalui Bluetooth 5.3 dan ia menyokong aplikasi GloryFit Pro untuk akses fungsi tambahan. Disertakan dengan bateri 360mAh, ketahanan bateri peranti bagaimanapun bergantung kepada corak penggunaan harian pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved